Lelaki agih pek hadiah kepada penumpang dalam pesawat kerana tidur berdengkur - Dunia | mStar

Lelaki agih pek hadiah kepada penumpang dalam pesawat kerana tidur berdengkur

Bungkusan hadiah yang mengandungi coklat, plag telinga dan mesej permohonan maaf untuk diagihkan kepada penumpang dalam pesawat disebabkan masalah tidur berdengkur yang serius. Foto Kennedy News and Media

SEORANG lelaki yang menaiki penerbangan selama 32 jam dari Melbourne, Australia ke Houston di Texas, Amerika Syarikat membimbangkan isteri dan anak tirinya.

Ini kerana lelaki itu mempunyai masalah tidur berdengkur yang serius, dan mereka kemudian menyediakan bungkusan hadiah kepada penumpang.

Alan Tattersall yang bekerja sendiri terpaksa menerima sejumlah bungkusan berupa plag telinga dan cenderahati untuk diagihkan kepada para penumpang dalam pesawat, disebabkan masalah berdengkurnya yang serius.

Isteri dan anak tirinya membuat bungkusan hadiah yang mengandungi dua pek coklat, satu set plag telinga dan mesej permohonan maaf yang ditulis tangan.

Alan bagaimanapun terpaksa membawa semua bungkusan tersebut ke dalam pesawat untuk diserahkan kepada penumpang.

Bungkusan tersebut mempunyai mesej yang menyebut bahawa sumbangan itu dapat membantu penumpang sekiranya Alan tidur berdengkur sepanjang penerbangan. - Daily Star

dengkur , penerbangan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain