suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat kerja gila ceroboh kandang singa, menari untuk tarik perhatian

Aksi wanita itu yang tular di laman Instagram.

SEORANG wanita dikecam apabila dia menceroboh kandang singa di Zoo Bronx, New York pada Sabtu.

Menerusi video yang tular di Instagram, dia kelihatan berada dalam kandang berkenaan, cuba menarik perhatian haiwan pemangsa itu.

Selain melambai-lambai ke arah singa, dia turut membuat tarian dalam kandang itu.

Video itu sehingga kini menerima lebih 90,000 tontonan di Instagram.

Selain kecaman, ada yang membuat teori bahawa wujudnya jarak selamat serta penghadang antara wanita itu dengan singa.

Namun, ia tidak kelihatan kerana kedudukan sudut rakaman berkenaan.

"Dia tak bodoh, singa itu tak boleh melintas sebab ada lubang besar antara tanah dan penghadang itu.

"Ada ruang besar yang tak boleh dilihat antara wanita itu dengan singa. Jadi keliru sebab angle video," ujar beberapa netizen.

Jurucakap Zoo Bronx turut mengesahkan kejadian itu kepada NBC New York. - Daily Star.

Artikel Lain