suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah dibiar kotor sehingga kucing kelaparan, dua lelaki dipenjara 16 minggu

Pemilik asal membuat laporan sebelum pihak berkuasa datang membuat serbuan pada 1 Mei lalu.

RUMAH terlampau kotor dan haiwan peliharaan dibiarkan kelaparan.

Akibat perbuatan itu, Damien Beales, 21, and Robert High, 22, ditahan oleh pihak berkuasa.

Menerusi kejadian di Stoneycroft, Liverpool, lima bangkai kucing ditemui, dipercayai dimakan oleh kucing yang kelaparan.

Dua pemuda itu akhirnya dipenjara 16 minggu akibat dakwaan mengabaikan haiwan sewaktu dibicarakan di Mahkamah Majistret Liverpool.

Mereka juga kini tidak dibenarkan membela haiwan seumur hidup.

Dua pemuda itu berpindah dari kediaman berkenaan sebelum pemilik asal datang membuat pemeriksaan.

Terkejut dengan keadaan rumah dan kucing yang kelaparan serta ada yang sudah mati, pemilik menghubungi pihak berkuasa sebelum serbuan dibuat pada 1 Mei lalu. - Daily Mail.

kucing, rumah kotor, penjara

Artikel Lain