suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video wanita ditarik rambut, diseret sambil meminta tolong tular

RAKAMAN seorang wanita diseret sebuah kereta dipandu seorang lelaki sambil menjerit meminta untuk dilepaskan menjadi tular di media sosial.

Insiden dipercayai berlaku di New Hall Lane di Preston, Lancs yang terletak di utara England.

Lebih mengejutkan seorang lelaki di dalam sebuah kereta jenis Toyota Aygo turut dilihat menarik rambut wanita itu sebelum menyeret mangsa.

Tindakan itu menyebabkan wanita itu menjerit meminta tolong dan cuba bergelut untuk melepaskan dirinya.

Mangsa lari untuk menyelamatkan diri.

Difahamkan polis sudah dimaklumkan berhubung perkara itu.

Wanita itu bagaimanapun berjaya melarikan diri ke stesen minyak berhampiran untuk mendapatkan pertolongan.

Insiden itu berlaku awal pagi 28 September lalu tetapi rakaman itu tersebar di Twitter pada Rabu.

Namun tidak dapat dipasti punca wanita itu diperlakukan sebegitu. - Metro.co.uk

diseret, tarik rambut, Toyota Aygo

Artikel Lain