suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pisau 'melekat' di kepala, nasib malang buaya raih simpati orang ramai

Bahagian kepala buaya itu yang ditikam dengan pisau.

PENDUDUK di sebuah bandar di Texas terkejut melihat seekor buaya dengan pisau yang tertanam di bahagian kepalanya.

Buaya itu dilihat berenang di sebuah tasik di Sugar Land.

Lebih pilu, pisau itu berada hampir dengan bahagian matanya.

Penduduk sekitar sememangnya peka dengan habitat buaya di kawasan itu.

Kejadian itu ternyata menimbulkan rasa kasihan dalam kalangan mereka.

"Saya rasa ada orang lakukan perkara ini secara sengaja.

"Saya tak boleh bayangkan apa yang harus dilalui buaya itu.

"Ia tak pernah terjadi sebelum ini," ujar Erin Weaver yang juga saksi pertama kes itu.

Kata Weaver, dia sudah enam tahun tinggal di situ dan melihat buaya itu setiap pagi.

"Saya tak pernah nampak dia agresif. Kalau anda pandang, ia akan terus masuk dalam air," ujarnya.

Weaver turut berkongsi foto itu di media sosial bagi memohon bantuan untuk menyelamatkannya. - Daily Mail.

buaya, Erin Weaver, pisau

Artikel Lain