suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu selamatkan ibu, anak badak cedera diserang dengan parang oleh pemburu

Anak badak bernama Arthur yang pernah diserang suatu ketika dahulu.

SEEKOR anak badak mengalami kecederaan akibat diserang dengan parang oleh pemburu.

Haiwan itu diserang sewaktu dia mahu menyelamatkan ibunya yang sedang disembelih oleh pemburu berkenaan, suatu ketika dahulu.

Dikenali sebagai Arthur, anak badak itu mengalami kecederaan di bahagian belakang dan kaki.

Ibunya pula ditemui mati dan tanduknya dicuri.

Kisah mengenai anak badak itu akan disiarkan menerusi dokumetari yang dikendalikan oleh bekas kapten kriket England, Kevin Pietersen.

Menurut Kevin yang dibesarkan di Afrika Selatan, tanduk badak dijual pada harga tinggi dalam pasaran gelap.

"Anak badak seperti Arthur boleh mati akibat tekanan, trauma kerana melihat ibu mereka dibunuh," ujarnya. - Mirror.UK.

Artikel Lain