Bunuh teman serumah kemudian sembunyi mayat dalam timbunan koleksi Harry Potter selama 17 tahun - Dunia | mStar

Bunuh teman serumah kemudian sembunyi mayat dalam timbunan koleksi Harry Potter selama 17 tahun

John Spencer White hadir dimahkamah.

SATU mayat ditemui di dalam sebuah loker simpanan yang dipenuhi koleksi barangan Harry Potter, 17 tahun selepas mangsa dilaporkan hilang.

Mayat tersebut hanya ditemui ketika pemilik loker itu tidak lagi membayar bil sewaan unit penyimpanan berkenaan.

John Spencer White mengakui membunuh rakan serumahnya, John Christianos yang mayatnya ditemui di dalam sebuah loker simpanan di Melbourne.

Mahkamah diberitahu bagaimana White berjaya menyembunyikan kehilangan rakan serumahnya itu bertahun-tahun lamanya dengan menyakinkan orang ramai bahawa mangsa membunuh diri.

Namun hakikatnya, mayat Christianos disembunyikan selama hampir dua dekad di dalam sebuah loker simpanan, lokasi White menyimpan koleksi barangan Harry Potter kepunyaannya.

John Christianos dilaporkan hilang sejak 17 tahun lalu.

White mengaku melakukan pembunuhan itu di Mahkamah Agung Australia selepas dia berhenti membayar bil sewaan untuk loker simpanan tersebut.

Mahkamah turut diberitahu bagaimana White ditawarkan untuk mengeluarkan semua barang miliknya itu apabila unit tersebut dijual pada Julai 2018.

Namun dia tidak pernah berbuat demikian.

Sebaik sahaja kerja pembersihan dilakukan, pekerja loker simpanan itu dikejutkan dengan penemuan mayat di dalamnya.

Selepas kehilangan penuh misteri selama 20 tahun, perkara sebenar akhirnya didedahkan White.

White memberitahu dia terpaksa menembak Christianos yang juga kaki botol bagi mempertahankan dirinya selepas rakan serumahnya itu cuba mengacukan pisau kepadanya dalam satu insiden pergaduhan. - Mirror.co.uk

Harry Potter , loker simpanan , bunuh , mayat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain