suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakteria dikesan, Singapura tarik balik jualan air mineral dari Malaysia

Air mineral ini yang diimport dari Malaysia ditarik balik jualannya di Singapura selepas pihak berkuasa mengesan bakteria di dalamnya.

AIR mineral botol yang diimport dari Malaysia telah ditarik balik oleh pihak berkuasa Singapura selepas bakteria dikesan dalam produk tersebut.

Ia susulan Agensi Makanan Singapura (SFA) melakukan persampelan rutin dan mengenal pasti kehadiran 'Pseudomonas aeruginosa', bakteria alam sekitar yang biasa terdapat dalam najis, tanah, air dan kumbahan.

SFA menjelaskan bakteria tersebut boleh membiak dalam persekitaran air dan permukaan bahan organik yang sesuai dengan air.

Penggunaan produk yang tercemar boleh mengakibatkan jangkitan, tetapi jarang menyebabkan penyakit serius terhadap individu yang sihat.

Dalam siaran akhbar semalam, SFA berkata pihaknya telah mengarahkan pengimport, Radha Exports untuk memanggil balik semula semua produk jenama Starfresh dengan isi padu 500ml dan 1.5l yang terlibat.

Pengguna yang telah membeli Starfresh 'dinasihatkan untuk tidak meminumnya'.

Mereka yang telah minum air tersebut dan mempunyai kebimbangan tentang kesihatan harus mendapatkan nasihat perubatan, kata SFA.

Radha Exports memberitahu CNA bahawa semua botol yang terjejas, yang berasal dari sebuah kilang di Malaysia, telah mula ditarik balik dari rak-rak jualan. -Coconuts

air mineral, bakteria, tarik balik

Artikel Lain