Bapa bengang anak dilarang ke sekolah gara-gara tindik telinga, "Ia rawatan hilangkan migrain" - Dunia | mStar

Bapa bengang anak dilarang ke sekolah gara-gara tindik telinga, "Ia rawatan hilangkan migrain"

Smith percaya anaknya tidak lagi mengalami masalah migrain sejak menindik telinga.

SEORANG bapa tidak berpuas hati apabila pihak sekolah menghantar anaknya pulang gara-gara menindik telinga.

Bobbiemay Smith, 14, dari Leeds telah diberi amaran oleh guru-gurunya bahawa dia tidak boleh memasuki kelas sekiranya tidak menanggalkan subang yang dipakainya itu.

Namun bapa pelajar tersebut, Geoff Smith, 49, mendakwa subang yang dipakai anaknya itu bukan sembarangan kerana ia membantu Bobbiemay daripada mengalami masalah migrain.

Bobbiemay tidak lagi mengalami migrain selepas menindik di bahagian rawan telinga sejak lima minggu lalu.

Tindikan itu dikenali 'Daith' yang dianggap seperti rawatan akupuntur.

Smith berkata, ia bukannya satu fesyen dan sebab itulah dia membeli subang yang paling kecil dan berwarna jernih.

Smith bersama anaknya.

"Apa yang sekolah katakan tidak masuk akal.

"Sangat memalukan apabila sebuah sekolah tidak membenarkan kanak-kanak untuk mendapat pendidikan kerana perkara kecil.

"Bobbiemay sangat bagus di sekolah dan sebab itu saya mahu dia kembali ke sana.

"Dia banyak terlepas pelajaran sekarang, ia tidak adil.

"Saya akan membuat protes terhadap keputusan mereka (sekolah), " ujar Smith.

Sementara itu, Cockburn John Charles Academy memberitahu, sudah menjadi polisi sekolah melarang semua pelajar daripada memakai apa-apa barang perhiasan termasuk menindik di bahagian wajah termasuk lidah atau di bahagian badan.

"Bobbiemay tidak dihalang ke akademi dan kehadirannya amat dialu-alukan, tetapi apabila subangnya telah ditanggalkan," ujar jurucakap akademi tersebut. -Dailymail.co.uk

Tindik telinga , migrain

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain