suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik tergendala gara-gara buaya mahu lintas jalan

Kehadiran buaya itu menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.

KEHADIRAN seekor buaya di atas jalan raya menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.

Menerusi kejadian yang berlaku di Tampico, Mexico, seorang pegawai polis dilihat mengawal lalu lintas bagi membolehkan reptilia itu melintas ke seberang jalan.

Rakaman kejadian turut dimuat naik ke Facebook pada 11 Jun lalu.

Ia sehingga kini menerima lebih 900,000 tontonan.

Kebanyakan pengguna jalan raya yang menghentikan kenderaan mereka turut terpegun melihat situasi itu.

Menurut media tempatan, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian bagi membantu haiwan itu kembali ke habitat asalnya, sebuah tasik berhampiran lokasi itu. - Daily Star.

Artikel Lain