suria

Anak saudara Puteri Diana jalin hubungan dengan jutawan fesyen berusia 60 tahun

Lady Kitty Spencer. Foto PA

ANAK saudara mendiang Puteri Diana, Lady Kitty Spencer dirakamkan buat pertama kali bersama kekasih yang merupakan jutawan berusia 60 tahun.

Gambar terbaharu membabitkan wanita berusia 28 tahun itu dirakam bersama taikun fesyen, Michael Lewis, sewaktu meninggalkan hotel eksklusif The Mark di Manhattan, New York di Amerika Syarikat.

Pasangan itu dilihat bersama di hotel mewah, lokasi yang sama Duchess of Sussex, Meghan Markle diraikan dalam majlis 'baby shower' pada Februari lalu sebelum melahirkan anak sulungnya, Archie, baru-baru ini.

Buat pertama kali Kitty dirakamkan bersama Lewis di sebuah hotel di Manhanttan, New York. Foto TheImageDirect.com

Hubungan ikon fesyen, Kitty bersama Lewis pertama kali didedahkan pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya nampaknya tidak bersedia dilihat bersama apabila Lewis yang mengetuai jenama fesyen mewah Whistles, dirakamkan berjalan keluar dari hotel, di hadapan Kitty. 

Kitty yang juga seorang model, merupakan anak perempuan sulung kepada adik lelaki Diana. - Mirror UK


Artikel Lain