suria

Gadis trauma digelar penipu gara-gara solekan tebal tutup cela wajah

Abigail mengalami masalah kulit jerawat pada usia 10 tahun.

SEORANG gadis yang mengalami masalah jerawat teruk enggan keluar janji temu dengan mana-mana lelaki kerana trauma digelar penipu gara-gara mengenakan solekan tebal untuk menutup cela pada wajahnya.

Abigail Collins, 19, mengalami masalah jerawat sejak berusia 10 tahun.

Masalah itu menjadi lebih teruk apabila dia meningkat dewasa menyebabkan dia menghabiskan masa dua jam setiap pagi untuk memakai solekan tebal.

Pelajar kriminologi dari Glasgow itu mendedahkan bagaimana dia dibuli selama bertahun-tahun di sekolah kerana wajahnya dipenuhi jerawat.

Kini, Abigail berkata dia tidak akan keluar janji temu melainkan jika ada lelaki melihat wajah sebenarnya tanpa solekan dan menerima kekurangan dirinya.

Muka sebenar Abigail tanpa sebarang solekan.

"Saya tidak keluar janji temu semata-mata kerana tidak mahu sesiapa fikir saya tidak jujur dengan wajah saya.

"Sangat sukar untuk difahami dan melihat bagaimana orang lain mentafsirkan anda," katanya.

Masalah kulit berjerawat yang dialaminya itu turut menyebabkan dia hilang keyakinan diri.

Namun dia berhenti memakai solekan di wajah semasa di tahun dua pengajiannya di Universiti of West of Scotland selepas menyedari dirinya lebih peduli tentang kulit wajahnya berbanding orang lain.

Kini dia tidak memakai sebarang solekan semasa hendak keluar rumah melainkan ada majlis khas yang perlu dihadirinya. - Dailystar.co.uk

muka jerawat, solekan tebal

Artikel Lain