suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Power Rangers Pua Magasiva ditemui mati

Pua Magasiva pernah membintangi program TV francais, Power Rangers. Foto diarioshow

BINTANG Power Rangers, Pua Magasiva meninggal dunia pada usia 38 tahun.

Pelakon kelahiran New Zealand yang turut muncul dalam drama Shortland Street itu ditemui mati pada Sabtu.

Berita tragis itu disahkan oleh syarikat produksinya.

Pua melakonkan watak sebagai Shane Clarke, Ranger Wind Red dalam Power Rangers Ninja Storm, program televisyen francais ke-11 bagi adiwira itu.

CNN melaporkan bahawa polis dipanggil ke satu alamat di Wellington, New Zealand pada pagi Sabtu waktu tempatan dan menemui mayatnya.

Punca kematian masih belum didedahkan.

Pua berkahwin dengan seorang guru, Lizz Sadler tahun lalu. - Mirror UK



Pua Magasiva, Power Rangers

Artikel Lain