suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meghan, Putera Harry dikecam promosi kempen 'mewah' babitkan kawan

Meghan (kiri) dan Putera Harry bersama cahaya mata sulung mereka. Foto Reuters

MEGHAN Markle dan Putera Harry dikecam kerana menggunakan kempen kesihatan mental untuk mempromosikan lokasi mencari ketenangan mewah milik rakan mereka bernilai £900 (RM4,867) satu malam.

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu membuat posting penghormatan kepada 'orang yang luar biasa di seluruh dunia' yang bekerja dalam bidang kesihatan mental kepada 7.6 juta pengikut Instagram.

Pada mulanya mereka menerima pujian kerana membuat sokongan terhadap kesihatan itu secara umum.

Bagaimanapun, orang ramai mula mengkritik selepas mendapat tahu salah seorang yang terlibat dalam kempen itu adalah Taryn Toomey.

Mana mungkin tidak, Taryn yang juga eksekutif industeri fesyen yang juga guru kecergasan adalah kenalan Meghan.

Seorang penulis diraja, Penny Junor memberitahu Daily Mail bahawa langkah melakukan promosi itu adalah tidak wajar, sambil menambah bahawa keluarga diraja seharusnya lebih telus. - Mirror UK

Artikel Lain