suria

Wanita terkejut jumpa anak lembu berkepala dua

Anak lembu itu mati sebaik sahaja dilahirkan.

SEEKOR anak lembu berkepala dua dilahirkan di sebuah ladang lembu di Amerika Syarikat (AS).

Haiwan unik itu ditemui Heather Herman, 30, di ladang milik keluargnya di Montana.

Herman berkata dia terkejut ketika terjumpa anak lembu itu semasa sedang melakukan pemeriksaan di ladang tersebut.

"Saya melakukan pemeriksaan harian dan mendapati ada seekor lembu betina berseorangan, jadi saya pergi mendekatinya.

Ini merupakan kali kedua anak lembu berkepala dua dilahirkan di kandang milik Herman.

"Anak lembu itu baring di sebelah ibunya tetapi saya dapati ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan saya bercampur baur ketika saya menyedari ada sesuatu yang pelik.

"Anda tidak mahu kehilangan seekor anak lembu atau mempunyai seekor haiwan yang sakit. Sejujurnya saya tidak mahu melihatnya apabila saya mendekatinya," kata Herman.

Namun Herman terkejut apabila lembu betina itu dapat beranak sendiri tanpa bantuan manusia.

"Kesihatan lembu betina itu tidak terjejas. Namun anak lembu itu mati sebaik sahaja dilahirkan," katanya.

Herman berkata ia bukan kali pertama anak lembu berkepala dua dilahirkan di dalam kandang miliknya.

"Ketika berborak dengan nenek saya, dia pernah melihat kelahiran pelik itu sebelum ini," katanya. - Metro.co.uk

anak lembu, berkepala dua, unik

Artikel Lain