Letusan Gunung Sinabung, Indonesia keluar amaran penerbangan - Dunia | mStar

Letusan Gunung Sinabung, Indonesia keluar amaran penerbangan

Gunung Sinabung memuntahkan abu dan asap tebal setinggi 2,000 meter ke udara.

PESAWAT yang melintasi kawasan sekitar Gunung Sinabung di pulau Sumatera diberi amaran supaya berhati-hati, memandangkan letusan abu gunung berapi itu boleh membahayakan.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia gunung berapi setinggi 2,475 meter di daerah Karo, Sumatera Utara itu meletus pada Selasa dan memuntahkan abu setinggi dua meter.

"Pemberitahuan itu berada pada tahap oren, bermaksud aktiviti gunung berapi berpotensi membahayakan pesawat," kata kenyataan itu.

Sementara itu, jurucakap agensi pengurusan bencana nasional Sutopo Purwo Nugroho berkata letusan turut mencetuskan hujan lebat di sekitar kawasan gunung berapi. - BERNAMA

Gunung Sinabung , amaran penerbangan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain