Pesawat terbakar: Lelaki gemuk punca penumpang maut gagal selamatkan diri - Dunia | mStar

Pesawat terbakar: Lelaki gemuk punca penumpang maut gagal selamatkan diri

Khlebushkin (tengah) dilihat membawa bersama beg galas miliknya.

SEORANG lelaki gemuk didakwa menghalang penumpang lain di dalam pesawat Aeroloft yang terbakar sebelum meletup untuk menyelamatkan diri.

Dmitry Khlebushkin tekad mengambil beg galasnya di ruang kabin walaupun dilarang berbuat demikian.

Hanya tiga penumpang di kerusi belakangnya dipercayai terselamat.

"Di dalam video kami melihat penumpang pertama melompat hanya dalam masa empat saat... yang kedua - lima saat.

"Penumpang kedua merupakan lelaki gemuk yang marah kerana tidak boleh mendapatkan bayaran balik... dari tempat duduk 10C.

Pesawat komersial itu terbakar sebaik mendarat.

"Dia Dmitry Khlebushkin. Dia menyelamatkan beg galasnya. Dan dia kelihatan tenang mesekipun mengetahui penumpang lain di kerusi 11 maut," kata netizen dalam forum penerbangan, Forumavia.

Dia bukan satu-satunya penumpang yang membawa bersama beg masing-masing tetapi beberapa penumpang lain boleh dilihat membuang beg mereka ke atas landasan.

Video menunjukkan pesawat Aeroloft itu terbakar sebelum meletup sebaik sahaja mendarat kecemasan. - Metro.co.uk

Aeroloft , gemuk , terbakar , meletup

Artikel Berkaitan

Artikel Lain