suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naik angin selepas kalah permainan video, bapa tumbuk anak hingga mati

De'Anthony meninggal dunia pada Ahad lalu.

SEORANG pemuda menumbuk anak lelakinya berusia setahun gara-gara naik angin selepas tewas permainan video hingga mati.

Anthony Trice, 26, dilaporkan melempar permainan video itu sebelum menumbuk anak lelakinya yang dikenali sebagai De'Anthony Trice di rumah mereka dekat Louisville, Kentucky pada Jumaat lalu.

Pemuda itu turut didakwa menampar dan menghempas De'Anthony ke lantai.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Trice menghempaskan anaknya dengan sengaja atau tidak.

WLKY melaporkan Trice turut membawa anaknya itu ke bilik tidur dan menyandarkannya di atas sofa.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Trice mendapati anaknya dalam keadaan membimbangkan dan dia menghubungi talian kecemasan 911.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Norton dan disahkan meninggal Ahad lalu.

Trice didakwa melakukan penderaan kanak-kanak tahap 1 dengan pertuduhan itu boleh dinaik taraf kepada pembunuhan tahap 1 selepas anaknya meninggal. - Metro.co.uk 

Artikel Lain