suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kate sedia hamil lagi selepas Meghan bersalin anak sulung

Kate dan Putera William bersama tiga anak mereka.

KERABAT diraja Britain baru sahaja mengalu-alukan kehadiran anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle.

Meghan selamat bersalin anak lelakinya itu kira-kira pukul 5.26 pagi Isnin.

Kini timbul spekulasi bahawa Duke dan Duchess of Cambridge mungkin mengikut jejak pasangan itu dan bersedia menambah penyeri rumah tangga mereka.

Putera William dan Kate Middleton sudah dikurniakan tiga cahaya mata - Geoge yang akan berusia enam tahun pada Julai ini, Charlotte, 4, dan Louis, 1.

Namun timbul khabar angin bahawa Kate mahukan seorang lagi anak.

Kate memberi bayangan itu pada Februari lalu semasa kunjungan ke Utara Ireland apabila memberitahu dia sukakan bayi.

Ketika dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai James Barr, Kate berkata:"Ia membuat saya teringin anak kecil. Saya fikir william mungkin bimbang sedikit." - Metro.co.uk

Kate Middleton, hamil, Putera William

Artikel Lain