suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Potong sayur terlalu kuat, jiran takut terpaksa hubungi polis

Ada individu yang menghubungi polis gara-gara takut dengan bunyi jiran mereka memotong sayur

SELAIN menerima laporan mengenai kejadian jenayah, polis turut berhadapan dengan aduan-aduan yang tidak masuk akal.

Baru-baru ini ini seorang pegawai polis Thames Valley berkongsi mengenai panggilan-panggilan mengarut yang pernah diterima pihaknya.

Perkongsian itu juga merupakan sebahagian kempen untuk menghentikan panggilan yang disifatkan sebagai membazir masa.

Antaranya, polis menerima aduan mengenai pasangan yang sedang bermesra di dalam restoran.

Lebih teruk, ada yang menghubungi polis kerana jiran memotong sayur terlalu kuat.

Sewaktu disoal polis, pengadu berkata dia takut mendengar bunyi berkenaan.

Selain itu, ada juga individu yang membuat laporan polis kerana pelacur yang dilanggan enggan memberi semula wang milik mereka. - Daily Star.

polis, laporan, aduan

Artikel Lain