suria

Sosej beracun dijatuhkan dari udara untuk bunuh kucing liar

Kucing liar di Australia dikatakan membunuh spesies burung dan juga haiwan reptilia.

KERAJAAN Australia menjatuhkan sosej beracun dari udara di kawasan hutan berkeluasan 10 juta hektar dalam usaha menghapuskan kucing liar.

Negara itu cuba memusnahkan hampir dua juta kucing liar menjelang 2020 untuk menyelamatkan spesies asal yang dimakan haiwan tersebut.

Potongan daging kanggaru dicampur dengan lemak ayam, herba, rempah-ratus dan 1080, sejenis racun yang sering digunakan di New Zealand untuk membunuh spesies invasif seperti tikus, lapor New York Times.


Sosej beracun itu dilepaskan secara terbuka di kawasan hutan.

Kucing liar yang makan sosej beracun itu akan maut dalam tempoh 15 minit.

Sosej yang dibuat di sebuah kilang dekat Perth, dibawa di dalam pesawat dan kira-kira 50 digugurkan di setiap kilometer persegi hutan tersebut.

Kucing liar dilaporkan membunuh 377 juta burung dan 649 juta reptilia setiap tahun yang menyebabkan tanah kurang subur dan tidak produktif. - Mirror.co.uk

kucing liar, sosej beracun, Australia

Artikel Lain