suria

Tukang sorak meninggal selepas mengadu tidak sihat beberapa minit sebelum beraksi

Lilliana meninggal dunia beberapa jam kemudian selepas dikejarkan ke hospital.

SEORANG remaja perempuan meninggal beberapa jam selepas tidak sihat semasa menyertai pertandingan sorakan.

Lilliana Schalck, 13, mengadu kurang sihat hanya beberapa minit sebelum pasukannya beraksi dalam pertandingan sorakan di Columbus, Ohio, Februari lalu.

Pelajar itu dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Keluarga Lilliana meluahkan rasa kecewa atas kehilangan anak perempuannya itu dan mendedahkan punca kematian sebenarnya.

Lilliana Schalck.

Lilliana disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada darah atau Sepsis.

"Dia mengalami simptom kesakitan di bahagian hamstring, kebas di tangan, kesejukan dan lemah.

"Keadaannya tidak normal, jadi kami memanggil pasukan kecemasan untuk membawanya ke bahagian kecemasan.

"Kami menunggunya untuk beraksi pada pukul 5.50 petang tetapi dia meninggal dunia pada 7.40 malam," kata bapanya. - Mirror.co.uk

Artikel Lain