suria

Pameran Barbie disepak Ken, gantung diri 'disorok' daripada tatapan kanak-kanak

Pameran Barbie disepak teman lelakinya mendapat aduan orang ramai.

PAMERAN seni yang mempamerkan keganasan terhadap wanita menggunakan patung Barbie telah dipindahkan dari ruang utama sebuah pusat membeli belah.

Selepas mendapat banyak aduan berkaitan dengan pameran itu, 'Girls World' yang dipamerkan itu disorok daripada pandangan kanak-kanak.

Karektor patung yang terkenal di kalangan kanak-kanak itu menggambarkan Barbie disepak oleh teman lelakinya, Ken selepas melahirkan anak yang tidak diingini sebelum dia menggantung diri di sebatang pokok.

Pameran yang diilhamkan oleh Lidia Lidia itu bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita dan realiti apa yang berlaku kepada golongan wanita menamatkan hidup mereka'.

Pengarah Galeri Pineapple Black, Bobby Benjamin dan Stephen Irving berkata, banyak aduan diterima terhadap hasil kerja itu.

Namun mereka menganggap pameran itu perlu di ditunjukkan kepada orang awam.

"Saya fikir orang ramai tidak mahu bercakap mengenai perkara ini kerana perlu menerima hakikat ia memang berlaku.

"Ini adalah yang kita mahu tunjukan , meletakkan perkara yang betul. Mungkin ia bukan tempat kami untuk membangkitkan perbincangan ini, tetapi seseorang perlu berbuat demikian.

"Pameran yang berlangsung sejak 10 April dan karektor patung itu dipindahkan daripada pintu depan pada 18 April lalu. - metro.co.uk 

Barbie, Ken, Pameran

Artikel Lain