suria

Pengawal kanan Putin dinobat tentera wanita tercantik Rusia

Anna Khramtsova.

SALAH seorang pengawal kanan Vladimir Putin dipilih sebagai tentera wanita tercantik di Rusia.

Anna Khramtsova, ibu kepada seorang anak merupakan antara 340,000 Pengawal Nasional Rusia yang melapor secara terus kepada pemimpin Kremlin itu.

Wanita berambut perang itu berkata dia suka bergaya dan sering menggunakan pengilat kuku sama warna dengan pistolnya.

Khramtsova berkata dia membuat keputusan untuk menyertai pertandingan ratu cantik itu selepas didesak rakan sejawatannya.

Namun kini dia diundi sebagai tentera wanita paling cantik oleh hampir 60,000 rakyat negara itu.

Khramtsova mengakui gemar bergaya.

"Saya sering terdengar jenaka dulu-dulu mengenai orang berambut perang dalam perkhidmatan ini tetapi saya mengabaikan mereka dan hanya berkhidmat dengan penuh bergaya," katanya.

Wanita berusia 31 tahun itu lahir daripada keluarga tentera dan penguatkuasa undang-undang.

Bapanya merupakan pegawai polis dan tentera selama 30 tahun manakala ibunya pula juga kakitangan beruniform.

"Saya amat bangga untuk meneruskan destinasi ini," kata wanita berasal dari Yekaterinburg itu.

Khramtsova pernah berkhidmat sebagai polis dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

Khramtsova gemar memakai pengilat kuku sama warna dengan pistolnya.

Kakitangan pengawal nasional diminta untuk memuatnaik gambar terbaik mereka dan biografi untuk pertandingan foto tercantik dengan kira-kira 57,000 Rusia mengambil bahagian dalam pengundian tersebut.

Gambar beberapa finalis akan digunakan dalam kalendar untuk pengawal nasional negara itu.

Pengawal Nasional adalan pasukan tentera dalaman kerajaan Rusia. - Mirror.co.uk

Artikel Berikut

Artikel Lain