suria

Comelnya! Kucing ketuk pintu, tunggu dibuka dengan penuh sabar

Rakaman video yang menunjukkan perlakuan kucing comel yang mencuti hati netizen. Foto: Cascade News

SUNGGUH sopan kelakuan seekor kucing comel ini yang menunggu dengan penuh sabar untuk pintu rumah dibuka selepas beberapa kali mengetuk di pintu kediaman tuannya di Cardiff, Wales.

Sheekilah Jones, 24, yang sempat merakam kelakuan kucing tersebut yang berdiri menggunakan kaki belakang, manakala kaki depannya di atas pemegang pintu berkenaan.

Dia berkata: "Sama ada saya melihat sesuatu yang pelik kerana waktu ketika itu pukul  6 pagi atau kucing ini sebenarnya memang mengetuk pintu tersebut?"

Menerusi video tersebut, kucing itu cuba mencapai gelung pengetuk pintu dan biarkannya selama beberapa minit sebelum menunggu pemilik rumah membuka pintu berkenaan.

Video tersebut telah mendapat kira-kira 1.8 juta tontonan dan 11,000 perkongsian sejak dimuat naik di portal berita tempatan, Cascade News pada Khamis.

Salah satu komen Coquin Jimenez berkata: "Otak kucing sangat mirip dengan manusia. Hawan ini boleh lakukan perkara yang menakjubkan."

Salah seorang pengguna media sosial, Patricia Ryan berkata:"Comelnya kelakuan kucing ini."

Sementara itu, Paula Willis Craig turut menambah:"Kucing yang sangat pintar."- Metro UK

kucing, bijak, Cardiff, pintu rumah

Artikel Lain