suria

Monyet merah sunyi dipulaukan rakan-rakan lain

Monyet itu dilihat berkeliaran di taman botani Renshen di Taiwan.

SEEKOR monyet dipulaukan kumpulannya sendiri setelah dia disimbah dengan cat merah oleh sekumpulan individu.

Monyet yang kesunyian itu dilihat berlegar-legar sendirian di kawasan taman botani Renshen di Taiwan.

Seorang pendaki di taman itu, Lu Cheng-lin berkata, dia pada mulanya menyangka monyet itu sememangnya berwarna merah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Cemburu Monyet Nakal Pegang Payudara Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Monyet Dapat Pengajaran Lepas Tiru Lagak Manusia

Setelah mendekati monyet itu, dia mendapati haiwan malang itu sebenarnya disimbah dengan cat merah.

"Ia nampak sedih dan kesunyian," ujarnya.

Menurut pakar haiwan, monyet itu berkemungkinan trauma dan terkejut akibat kejadian tersebut.

Malah, warna bulu yang berubah juga menyebabkan dia sukar dikenali sekali gus dipulaukan ahli kumpulannya yang lain.

Menurut laporan, monyet itu berkemungkinan ditangkap oleh petani tempatan sebelum diperlakukan sedemikian. - Daily Mail.

Artikel Lain