suria

Kecewa pinangan ditolak, lelaki potong telinga, jari kekasih

Mangsa dikenal pasti sebagai Najia Arabzai, berasal dari Afghanistan.Gambar Hiasan (Bridal Guide)

SEORANG lelaki ditahan pihak berkuasa setelah dia disyakki membunuh teman wanitanya.

Lebih mengejutkan, dia dikatakan melakukan perbuatan itu gara-gara berang setelah lamarannya ditolak oleh mangsa.

Polis melancarkan siasatan setelah menemui mayat wanita itu dalam sebuah apartmen sewa di Istanbul, Turki.

Jiran menghubungi pihak polis selepas terhidu bau busuk di kediaman yang terletak di tingak tiga itu.

Setelah memecah masuk, polis menemui wanita berkenaan dalam keadaan yang mana telinga dan jarinya dipotong dan disorokkan di bawah sofa.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Najia Arabzai, berasal dari Afghanistan.

Menurut laporan media tempatan, suspek dikatakan dicekik setelah menolak lamaran suspek untuk berkahwin dengannya.

Menurut laporan polis pula, suspek, Zivar Gol R yang berasal dari Pakistan juga dipercayai sudah berkahwin dan mempunya isteri di Istannbul. - Mirror.

lamaran, najia arabzai, zivar gol r

Artikel Lain