Cincin tunang hilang dekat pantai dijumpai semula sebulan kemudian

Gambar hiasan. - Foto Pixabay

PASANGAN dari North Carolina, Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan cincin pertunangan di pantai Costa Rica, Amerika Tengah mengalami keajaiban apabila cincin berharga itu dijumpai hampir sebulan kemudian oleh seorang pengesan logam.

Michele Arias dari Charlotte berkata, dia meletakkan cincin pertunangannya di dalam poket baju Doug Cotty untuk disimpan pada 11 Disember lalu ketika mereka bercuti di pantai Paya Chaman.

Mereka tidak menyedari cincin itu sudah jatuh ketika Cotty menanggalkan bajunya untuk memakai pelindung matahari.

Pasangan itu berkata, mereka mencari cincin tersebut tetapi akhirnya terpaksa menangguhkan carian dan terbang pulang keesokan harinya.

Arias memuat naik status memohon bantuan dalam kumpulan Facebook komuniti Costa Rica, tetapi tidak berhasil sehinggalah pada 9 Januari, dia menerima pesanan daripada lelaki tidak dikenalinya, David Harris.

Harris, 67, seorang ekspatriat AS melihat posting tersebut setelah dipaut oleh seorang kenalan dan telah menghantar beberapa mesej kepada Arias untuk membantunya.

Namun, mesej-mesej itu masuk ke dalam folder spam.

Harris berkata, pengesan logam miliknya mengesan cincin itu tertanam kira-kira satu kaki di dalam pasir.

Reaksi Arias ketika mengetahui tentang penemuan itu: "Saya fikir saya akan menangis apabila saya mendapatkan cincin itu kembali.

"Saya terus memikirkan saat kami kehilangan cincin tersebut, dan sudah tentu ia membuatkan saya beremosi," katanya. - UPI

cincin tunang

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain