Lelaki gagal rogol gadis dalam semak selepas digigit semut, mangsa cabut lari - Dunia | mStar

Lelaki gagal rogol gadis dalam semak selepas digigit semut, mangsa cabut lari

Lokasi suspek cuba merogol mangsa. -foto Tribun

PERCUBAAN seorang lelaki untuk merogol seorang gadis gagal gara-gara digigit semut.

Dalam kejadian di Sukamaju, Sulawesi Selatan pada Sabtu, lelaki tersebut, Toni Irawan, 29, cuba memperkosa seorang gadis berusia 16 tahun yang hanya dikenali sebagai AS.

Ketua Polis Sukamaju Alimin Pammu berkata penangkapan dibuat selepas laporan tentang kejadian dibuat.

"Suspek, Toni Irawan ditangkap di Desa Pattimang, Kecamatan Malangke (Luwu Utara) pada Ahad jam 4.30 pagi. Pelaku tidak melawan ketika ditangkap," kata Alimin, Isnin, memetik Tribun.

Alimin menjelaskan kejadian berlaku di Dusun Sitingkil, Desa Kalulu, Sukamaju, Sabtu.

-foto Tribun

Pada mulanya, lelaki terbabit menghubungi mangsa melalui telefon bimbitnya sebelum datang menjemputnya di rumah.

Dia yang memandu kereta sendiri kemudian mengajak mangsa pergi ke Sitingkil.

"Tiba di Sitingkil pelaku mengajak mangsa 'bersama' tetapi gadis itu sempat lari namun dapat dikejar," ujar Alimin.

Dalam perjalanan pulang, atau lebih tepat sewaktu tiba di Dusun Tandung Bangke, Desa Kaluku, lelaki itu menghentikan kenderaannya dengan alasan mahu mencucinya.

"Ketika itulah lelaki terbabit menarik mangsa ke dalam semak sambil membaringkan mangsa di rumput.

"Tetapi, pada masa itu kedua-dua mereka digigit semut hitam. Mangsa terus bangun dan berlari menuju rumah penduduk," jelasnya.

Suspek kini berada dalam tahanan dan disoal siasat.

semut , gigit , rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain