Siapa di sebalik kejayaan foto telur tewaskan Kylie Jenner di IG - Dunia | mStar

Siapa di sebalik kejayaan foto telur tewaskan Kylie Jenner di IG

KEJAYAAN sebiji telur memecah rekod dipegang selebriti sensasi, Kylie Jenner sebagai pemilik foto dengan tanda suka paling banyak di Instagram mendapat perhatian seantero dunia.

Lebih mengejutkan, pemegang rekod terbaharu itu bukanlah selebriti popular yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia, sebaliknya ia merupakan gambar telur sahaja.

Dimuat naik pada 5 Januari lalu menerusi akaun world_record_egg, gambar serba ringkas itu menerima lebih 50.5 juta tanda suka dengan 8.7 pengikut.

Ia juga menjadi satu-satunya gambar bukan manusia yang tersenarai dalam 20 gambar dengan jumlah tanda suka tertinggi.

Rekod sebelum ini merupakan foto bayi Kylie, Stormi dengan catatan 18.1 juta tanda suka yang dimuat naik pada Februari tahun lalu.

Sejak telur itu menewaskan Kyle, seluruh dunia ingin tahun siapakah yang bertanggungjawab memuat naik gambar telur itu di akaun Instagram @world_record_egg berpangkalan di United Kingdom.

Menurut Daily Mail, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang berasal dari India telah menularkan posting itu.

Ishan Goel yang kini menetap di Massachusetts dan juga tenaga pengajar pemasaran berperanan memastikan gambar telur itu tular di internet.

Menurut Ishan, dia menjadi pencetus hingga gambar telur itu mendapat paling banyak tanda suka di Instagram.

"Saya enggan dedahkan rahsia di sebalik gambar telur itu tular, tetapi apa yang boleh saya katanya saya berusaha untuk memastikan ia mendapat perhatian ramai menerusi Reddit, media dan memaklumkan semua selebriti dan pihak berpengaruh di rangkaiannya untuk membantu.

"Tentu sekali saya mahu berterima kasih kepada ayam yang bertelur," katanya.

Menurutnya, gambar itu menjadi tular kerana ia tidak memaparkan wajah selebriti, sebaliknya sebiji telur.

Katanya lagi, segalanya menjadi kerana ia berlaku tepat pada masa, tempat dan lebih-lebih lagi pembabitan individu berpengaruh.-IndiaToday


Ishan , Kylie , telur , IG

Artikel Lain