Ramai tergila-gilakan model Jepun, Imma... sayangnya dia tak pernah wujud! - Dunia | mStar

Ramai tergila-gilakan model Jepun, Imma... sayangnya dia tak pernah wujud!

LIRIKAN matanya yang menggoda, kulit yang halus, bibir dan rambut yang sempurna, tidak hairanlah ramai yang terpesona dengan kejelitaan model Jepun, Imma.

Tetapi satu perkara yang ramai orang tak sedar adalah, dia bukan manusia!

Imma, yang namanya bermaksud 'sekarang' dalam bahasa Jepun tercipta hasil dari teknik pemodelan CG.

Tetapi itu tidak menghalangnya daripada terus menjadi sensasi Instagram.

Sehingga kini Imma mempunyai lebih dari 17,000 pengikut di rangkaian sosial popular itu, lebih dari dua kali ganda berbanding jumlah pengikutnya beberapa hari lalu.

Semuanya gara-gara gambarnya tular di media sosial Jepun.

Deskripsi pada biografinya jelas menyatakan bahawa Imma adalah model maya, tetapi dengan wajah dan aksinya dalam gambar, amat sukar untuk mempercayai bahawa dia bukan manusia.

Menurut Grapee, Imma telah ditugaskan oleh 'Produser M' dan dia dicipta oleh syarikat pemodelan CG, ModellingCafeInc.

Sukar untuk menafikan bahawa mereka telah melakukan satu tugasan yang memberikan hasil luar biasa!

Imma membuat penampilan pertamanya tahun lepas, tetapi tahun 2019 adalah tahun yang membawa tuah.

Dia baru sahaja menjadi penghias muka depan majalah CG World edisi Februari dan semua orang telah bercakap mengenainya.

Sebelum ini terdapat model Instagram maya seperti Lil Miquela, tetapi dari segi realistik, Imma berada di tahap yang lain.

Mereka yang pakar mungkin dapat mengesan bahawa dia model digital, tetapi bagi mata orang biasa, dia tak ubah seperti model Instagram lain.

Imma , model , maya , Jepun

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Cik Puan Muda Pahang kemalangan