suria

Ahli teori konspirasi dakwa dron makhluk asing berlegar-legar atas kereta polis

Objek yang didakwa merupakan dron milik makhluk asing yang dirakam terbang di atas kereta polis di Sepanyol. - Foto UFO Sightings Daily

PEGAWAI polis Sepanyol sedang mengambil gambar kenderaan mereka ketika cahaya daripada siren menunjukkan sesuatu yang luar biasa berlaku.

Terawang-awang di atas kereta, objek seperti dron kecil itu seolah-olah sedang mengintai dan memantau keadaan sekeliling.

Ahli teori konspirasi membuat kesimpulan bahawa objek yang terbang itu berasal dari luar angkasa.

Objek terbang tidak dikenal pasti atau UFO itu nampak seperti warna biru dan kemudian turut dilihat jelas dalam gambar kedua.

Ia seolah-olah mengesahkan kehadirannya dan bukannya sekadar satu refleksi pada lensa kamera.

Bagaimanapun, peminat makhluk asing mengatakan bahawa ia adalah peranti pemantauan yang dihantar oleh makhluk luar angkasa dan tiada makhluk asing di dalamnya.

Menurut ahli teori konspirasi, atmosfera bumi mungkin boleh menyebabkan makhluk dari planet lain mati.

Pemburu alien terkenal, Scott C Waring menulis di blognya UFO Sightings Daily: "Di sini adalah UFO yang melayang di atas kereta polis di Sepanyol minggu ini.

Imej kedua.

"UFO itu bersembunyi tetapi dapat dilihat kerana sinaran lampu biru kenderaan polis yang berkerdip.

"UFO tersebut kelihatan kecil, kira-kira berukuran 0.5 hingga 1 meter.

"Saiznya yang sangat kecil membuat saya berfikir bahawa mungkin ia adalah dron makhluk asing, memandangkan planet kita tidak dapat didiami oleh semua jenis makhluk asing di luar sana.

"Atmosfera kita mungkin toksik dan berbahaya kepada beberapa spesies.

"UFO itu yang meninjau polis dan merekodkan aktiviti mereka juga satu hakikat yang luar biasa." - Express UK

makhluk asing, dron, UFO

Artikel Lain