Bakar diri hanya untuk dapat 'likes' - Dunia | mStar

Bakar diri hanya untuk dapat 'likes'

LONDON: Beberapa hospital di Britain mendedahkan mereka menerima kes remaja membakar diri, semata-mata mahu menjadi bintang di media sosial.

Kes seumpama itu berlaku selepas ada remaja menyahut 'cabaran api'.

Cabaran berkenaan memerlukan seseorang menyalakan api pada badan mereka dalam usaha meraih populariti dan mendapat banyak 'likes' di media sosial.

Namun berita yang dipetik daripada laporan Sinar Harian ini menyebut, dalam kebanyakkan kes, cabaran itu berlaku diluar kawalan dan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan termasuk pembedahan menyelamatkan nyawa.

Kakitangan di Hospital Morriston, Swansea mengesahkan pihaknya menerima kes seumpama itu.

Biarpun enggan mendedahkan jumlah mangsa yang terlibat, pihak berkuasa mengeluarkan amaran agar remaja tidak menyahut cabaran bangang tersebut.

Pada Ogos lalu, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa terbaharu selepas menyahut cabaran itu.

Timiyah Landers mengalami luka terbakar sebanyak 49 peratus pada tubuhnya.

Cabaran api berasal dari Amerika Syarikat dan bermula pada 2012 selepas seorang Youtuber bernama 1BlazinEagle1, memuat naik video memaparkan api dinyalakan di atas dadanya.

Video berkenaan mendapat sebanyak lebih 100,000 tontonan dan lebih memeranjatkan, ada remaja menyahut cabaran tersebut. 

Swansea , likes

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain