suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang YouTube tinggalkan tip RM41,630 atas meja selepas pesan dua minuman

MrBeast mempunyai hampir sembilan juta pengikut di YouTube.

SEORANG pekerja rangkaian restoran makanan segera di North Carolina, Amerika Syarikat bertuah kerana diberikan tip sebanyak AS$10,000 (RM41,630) oleh seorang bintang YouTube yang sangat pemurah.

Bintang yang menggunakan nama MrBeast (gambar) dan memiliki hampir sembilan juta pengikut di YouTube itu meninggalkan wang sebanyak itu di atas meja di Sup Dogs, Greenville selepas memesan dua minuman.

Dia hanya minum beberapa teguk air sambil melihat menu dan tidak menambah apa-apa pesanan selepas itu sebelum meninggalkan wang yang banyak kepada seorang pelayan wanita.

Oliverio. - Sky News

Pemilik restoran, Bret Oliverio memberitahu sebuah stesen TV tempatan WNCT, pelayan wanita itu menyimpan sebahagian besar wang tersebut dan bakinya dibahagikan kepada pekerja lain.

"Saya pernah lihat wang tip yang banyak, tapi tidak sampai 10,000 dolar Amerika.

"Orang baik masih melakukan perbuatan baik dan saya rasa ia sesuatu yang 'cool'.

"Ia sangat tidak dijangka, sekali seumur hidup... tak mungkin akan berlaku lagi dalam kehidupan saya," tambahnya. - Sky News

tip, MrBeast

Artikel Lain