suria

Kapal layar tertua dunia ditarik keluar dari Laut Hitam, masih elok 'macam baru karam semalam'

Bangkai kapal yang dijumpai di Laut Hitam. - Sky News

BANGKAI kapal layar tertua di dunia berjaya ditarik keluar dari Laut Hitam selepas pencarian berteknologi paling canggih dilancarkan.

Kapal yang digunakan pada zaman Greek dan Rom itu kelihatan masih elok seolah-olah ia baru sahaja karam semalam.

Ia diangkat keluar dari kedalaman laut Eropah timur sebagai sebahagian daripada penyelidiakan Projek Arkeologi Laut Hitam.

Karbon kapal tersebut bertarikh 500 sebelum Masihi dan dianggarkan berusia lebih 2,500 tahun.

Ia kelihatan sama seperti kapal popular Siren Vase dan kini diletakkan di Muzium Britain.

Kapal layar kedua tertua di dunia dari 72 kapal yang direkodkan adalah bertarikh 200 sebelum Masihi.

Imej ikan 'monkfish'. - FOTO NOAA

Pakar yang terlibat dalam projek berkenaan, Dr Kroum Batchvarov berkata: "Kami memiliki struktur kapal yang lengkap dengan tiang yang masih lagi berdiri dan alat kemudi yang terletak pada tempatnya.

"Ia adalah satu penemuan yang menakjubkan dan ia adalah yang pertama seumpamanya."

Kapal tersebut masih terpelihara dengan baik kerana Laut Hitam tidak mempunyai oksigen sehinggakan tulang ikan 'monkfish' yang dimakan oleh orang Rom masih dalam keadaan baik di atas dek.

Projek Laut Hitam tersebut adalah penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun yang dipimpin oleh institusi antarabangsa termasuk Universiti Southampton.

Mereka meneroka perubahan Laut Hitam dan bagaimana ini telah mempengaruhi tamadun manusia. - Sky News

kapal layar, Laut Hitam

Artikel Lain