suria

Wanita dikejutkan lelaki cuba ambil telur 'Kinder' dalam farajnya dipenjara

Jodine Harvey dijatuhi hukuman penjara. -fotoSWNS

SEORANG wanita dipenjara selepas dia memukul seorang lelaki yang cuba mengeluarkan 'surprise egg' Kinder dari dalam farajnya untuk mengambil dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam 'telur' tersebut.

Rakannya, Steven Brown, 40, pula terbangun dari tidur apabila mendengar jeritan wanita terbabit, Jodine Harvey, 38, ketika Vincent Rutter cuba mengambil telur tersebut.

Brown dan Harvey kemudian mengurung Rutter di rumahnya miliknya sendiri di St Austell, Cornwall, selama 36 jam, di mana Rutter telah diserang dan dikasari, menyebabkan dia patah 17 tulang rusuk dan mengalami masalah paru-paru.

Mahkamah Truro Crown, di mana pasangan itu mengaku melakukan kecederaan tubuh dengan niat, mendengar bahawa Rutter bimbang tentang kedua-dua mereka yang kerap mengambil dadah di flat yang telah didiami selama 12 tahun.

Pendakwa Joss Ticehurst berkata: "Serangan dilakukan secara berterusan di beberapa bilik dalam satu tempoh masa. Rutter akhirnya berjaya keluar dari kediaman flat apabila tertuduh sedang tidur."

Menggambarkan motif di sebalik serangan itu, peguam Ed Bailey berkata: "Apa yang membangkitkan kemarahannya apabila Rutter cuba mengeluarkan dadah dari pangkal paha Harvey.

"Mendengar jeritannya, Brown bertindak balas dengan cara yang kini dianggapnya tidak sesuai."

Steven Brown melakukan serangan keganasan berterusan selama 36 jam. -fotoSWNS

Peguam Harvey, Deni Matthews, menyatakan bahawa anak guamnya tidak berniat untuk menyebabkan kecederaan seperti yang dialami oleh Rutter.

Hakim Simon Carr berkata: "Pada masa itu kamu semua ketagihan dadah Kelas A. Rutter mempunyai sebuah flat yang mana kedua-dua kamu mempunyai penginapan yang selamat. Pada masa itu kamu semua mengambil dadah dalam kadar luar biasa. Apa yang saya katakan mungkin kelihatan mengkritik Rutter tetapi bukan niat saya, ia hanya mahu menunjukkan tahap seseorang itu khayal ketika ketagihan.

"Kamu semua tidur selama lebih dari 24 jam selepas ambil dadah. Kamu berdua sedang tidur di atas kerusi apabila Rutter masuk dan cuba mengeluarkan telur Kinder mengandungi dadah yang ada dalam vagina kamu, Miss Harvey.

"Ia bukan tindakan seksual, hanya seorang yang terdesak untuk menyelesaikannya. Miss Harvey, awak terjaga dan mendapati tangan seorang lelaki pada kemaluan kamu dan dalam keadaan gelap kamu tidak tahu ia adalah Rutter.

"Brown, awak terbangun dan menyerang lelaki itu dan Rutter kemudian menjadi mangsa pukulan berterusan yang tidak boleh dijadikan alasan.

"Ketiga-tiga kamu kemudian meletakkan masalah ini ke satu sisi dan terus mengambil dadah dan bersosial dengan Rutter tidak sedar betapa parahnya dia cedera.

"Ia adalah serangan yang sepenuhnya tidak adil, berterusan dan ganas."

Brown dipenjara selama tiga tahun sementara Harvey dipenjara 16 bulan.

Mereka sebelum ini menafikan tuduhan itu dan hakim tidak dapat membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, mereka mengaku bersalah selepas itu. -MetroUK

dadah, telur Kinder, heroin

Artikel Lain