suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua pelancong warga Britain berbogel di air pancut dekat monumen perang diburu polis

DUA pelancong warga Britain diburu polis Itali selepas mereka bertindak berbogel dan bergambar di kawasan air pancut di salah satu mercu tanda di Rom.

Rakaman video menunjukkan dua lelaki berkenaan bermandi-mandi di air pancut tersebut dan salah seorang daripada mereka kemudian menanggalkan seluar dalam.

Mereka turut membuat gaya untuk fotografi sambil menunjukkan otot badan masing-masing.

Insiden tersebut berlaku di Altare della Patria di Rom, Itali yang merupakan monumen bagi memperingati peperangan negara itu.

Polis kini menjejaki mereka selepas aksi tidak senonoh itu dirakamkan oleh seorang pemandu pelancong sebelum dimuat naik di YouTube.

Menerusi rakaman video itu, dua lelaki tersebut dilaporkan media tempatan sebagai warga Britain. - Mirror Online UK

Artikel Lain