suria

Budak 3 tahun pecah rekod dunia, memanah 1,111 anak panah dalam masa 3.5 jam

USIANYA baru mencecah tiga tahun, namun P Sanjana bersemangat untuk cuba memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan memanah 1,111 anak panah dalam masa tiga setengah jam.

Murid pra sekolah dari Chennai, Tamil Nadu itu memfokuskan sasaran sejauh lapan meter.

Kesungguhan Sanjana mendapat perhatian ramai ketika acara itu berlangsung di Kolej Janaki MGR.

Pemerhati dari Persatuan Memanah Asia Selatan (SAAA) turut merakamkan detik itu dan telah menyerahkan maklumat berhubung pencapaian Sanjana untuk mendapat pengiktirafan.

Sepanjang tempoh memanah itu, anak kecil ini hanya berehat tiga kali iaitu selepas sejam melakukan panahan.

Sebelum cuba memecahkan rekod dunia, Sanjana berlatih setiap hari selama empat jam untuk tempoh tiga bulan.

Menurut bapanya, Premnath, anaknya menerima hadiah busur dan anak panah pada hari lahirnya yang kedua dan sejak itu alat itu sering menjadi mainannya.

Malahan, bapanya juga berhasrat memupuk semangat untuk Sanjana supaya cemerlang dalam acara itu hingga ke peringkat Olimpik.-IndiaToday

Sanjana, Premnath, Chennai

Artikel Lain