suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah pramugari terlampau buat video tak senonoh, tanggal sarung kaki dan bau

SEORANG pramugari British Airways digantung tugas susulan sebuah video menunjukkan dia yang masih berpakaian seragam menanggalkan sarung kakinya sebelum membaunya.

Menerusi klip video tersebut yang turut menunjukkan lencana nama kakitangan tersebut, memegang sarung kaki dan sepasang kasutnya dan menghidunya sambil berkata: "Saya harap anda dapat menghidunya."

Pramugari itu digantung tugas selepas klip tersebut tersebar. Bagaimanapun tidak dipastikan mengapa wanita berkenaan membuat rakaman tersebut.

Namun dikatakan terdapat permintaan di pasaran mengenai sarung kaki dan kasut milik kakitangan syarikat penerbangan lain dijual di laman web eBay.

Tiada petunjuk mengenai sama ada pramugari itu menjual video mahupun sarung kaki atau kasut berkenaan.

Menerusi video yang dihantar kepada Sunday Mirror, pramugari tersebut turut berkelakuan tidak senonoh membabitkan baju yang dipakainya.

Sumber kru kabin berkata: "Didapati segelintir kakitangan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual pakaian seragam mereka yang lama.

"Kebanyakan kami tidak dapat hidup dengan gaji yang dibayar kami semata-mata," katanya. 

Menerusi iklan-iklan yang tersebar, penjual tidak mendedahkan wajah mereka termasuk maklumat mengenai syarikat penerbangan mereka. 

Sementara itu, British Airways mengesahkan ia telah menggantung tugas seorang kakitangan berhubung sebuah video.

Seorang jurucakapnya berkata: "Kami meletakkan standard yang sangat tinggi terhadap kakitangan kami dan mengharapkan mereka berkelakuan dengan bertanggungjawab. 

"Bila perkara itu tidak berlaku, kami sentiasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya," tambah jurucakap itu. - Mirror Online UK

pramugari, British Airways

Artikel Lain