suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terapung 30 jam di laut selepas main sukan air

SEORANG wanita berusia 25 tahun berjaya diselamatkan dekat Laut Huizhou di wilayah Guangdong selepas terapung di laut bersama bola bebuih selama hampir 30 jam.

Seorang anak kapal, Wang Fengguan sedang membuat rondaan di dek ketika dia mendapati terdapat objek terapung kira-kira 10 meter dari kapal Xin Tian No.7.

Wang turut mendengar ada suara yang meminta pertolongan.

Selepas mendapat arahan daripada kapten kapal, seramai 13 kru kapal tersebut melancarkan operasi menyelamat dengan segera.

Kira-kira 20 minit kemudian, wanita bernama Chen itu berjaya diselamatkan.

Chen dari Jieyang, Guangdong berkata, dia terlibat dalam aktiviti sukan air pada pukul 5 petang Selasa lalu ketika insiden itu berlaku.

Katanya, dia terapung selama hampir 30 jam dan dihanyutkan sejauh 10 kilometer dari Teluk Xunliao.

Kapten kapal Feng menghubungi pihak berkuasa marin tempatan yang kemudiannya menghantar bot peronda untuk membawa Chen selepas dua jam wanita itu diselamatkan. - China Org

terapung

Artikel Lain