suria

Angkara bapa, Meghan Markle 'hidup dalam ketakutan'

Thomas (kiri) dan Meghan. Foto Getty/Mega/TMZ

MEGHAN Markle takut untuk bercakap dengan bapanya, Thomas kerana bimbang perbualan mereka akan dibocorkan kepada media, menurut beberapa laporan.

Bapa Duchess of Sussex itu berkongsi perbualannya bersama Putera Harry dan isterinya, dalam satu temubual dengan Good Morning Britain, bulan lalu.

Menurut US Weekly, Meghan yang berusia 36 tahun kini terlalu bimbang untuk bercakap dengan bapanya.

Sumber memberitahu Meghan terlalu sedih mengenai konflik hubungan mereka.

"Dia tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan bapanya tanpa mengetahui dirinya tidak diekploitasikan.

"Dia tinggal dalam ketakukan mengenai bapanya akan membocorkan komunikasi mereka. Jika bapanya sudah banyak bercakap, kenapa perlu membongkarkan peuat mereka?," kata sumber.

Tambah sumber, Meghan sukar untuk membina kepercayaan bapanya.

Markle yang berusia 74 tahun hadir ke majlis perkahwinan anak perempuannya, Mei lalu, selepas menjalani pembedahan jantung beberapa hari sebelum upacara itu.

Pembedahan itu berlaku sejurus selepas satu pendedahan bahawa Markle telah bergambar untuk paparazi sempena majlis perkahwinan anaknya.

Pada Selasa lalu, Markle menjelaskan bahawa beliau bercakap kepada pemberita bagi meraih perhatian anaknya.

"Saya 'membisu' sepanjang tahun, dan pemberita mengatakan setiap hari bahawa saya bersembunyi di Mexico, jadi saya sampailkan cerita saya," kata Markle kepada laman web hiburan TMZ. - London Evening Standard

Thomas Markle, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain