suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia usir rakyat Malaysia kerana video seks ganas

PERTH: Pelancong rakyat Malaysia diusir dari Australia selepas video yang memaparkan aksi perlakuan seksual ekstrim dan ganas dikesan pada telefonnya ketika pemeriksaan rutin di lapangan terbang bandar ini.

Lelaki berusia 43 tahun yang namanya tidak didedahkan tiba di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dia ditahan di pusat tahanan imigresen dan dihantar pulang ke Malaysia selepas visanya dibatal, manakala telefonnya dirampas.

Komander Wilayah Pasukan Sempadan Australia Barat, Mark Wilson berkata, imej yang ditemui melanggar peraturan negara itu.

"Video itu dengan jelas memaparkan perlakuan seksual yang tidak boleh diterima komuniti tempatan dan sesiapa yang dikesan boleh dikenakan tindakan," katanya. -AFP
Australia, Wilson

Artikel Lain