suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Lima terlalu ramai" kata Harry mengenai anak

KHABAR angin Meghan Markle mengandung telah tersebar meluas sejak sebelum berkahwin dengan Putera Harry pada 19 Mei lalu.

Malahan, bookie di sekitar Britain yang tidak henti mempertaruhkan apa sahaja berkaitan pasangan diraja itu masih tidak berputus asa dan  ia masih menjadi topik utama untuk bertaruh.

Ketika ini tiada pengesahan terkini daripada keluarga diraja mengenai perkara itu, kecuali Harry mendedahkan beliau merancang untuk tidak mempunyai terlalu ramai cahaya mata.

Duke dan Duchess Sussex itu baru-baru ini telah melawat Ireland.

Ketika itu, Harry telah disapa Elaine Adam-Steward yang memberitahunya: "Suami saya juga berambut merah dan dia berikan saya lima anak, bila kamu dan Meghan akan mempunyai cahaya mata?"

Susulan itu, Harry hanya ketawa dan berkata: "Lima (anak) terlalu ramai."

Pada sesi temubual sebaik mengikat pertunangan, pasangan itu telah menyatakan hasrat untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat.

"Diharap kami dapat membentuk keluarga dalam masa terdekat" kata Harry.

Ketika ditemubual The Telegraph tahun lalu juga Harry berkata:"Saya mahukan anak."

Malahan bapa Meghan, Thomas Markle juga pernah memaklumkan hasrat anaknya untuk mempunyai zuriat.

"Dah lama dia mahukan anak," katanya kepada Good Morning Britain ketika ditemubual selepas pasangan diraja itu melangsungkan perkahwinan Mei lalu.-IndiaToday




Harry, Meghan, Ireland

Artikel Berikut

Artikel Lain