suria

19 maut, 12 cedera loji pengeluar bahan kimia terbesar dunia meletup

BEIJING/SHANGHAI: Letupan besar berlaku di sebuah loji kimia di barat daya China mengakibatkan 19 maut dan 12 cedera, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

Kejadian itu merupakan insiden terkini kemalangan industri yang berlaku di syarikat pengeluar bahan kimia terbesar dunia.

Punca letupan yang berlaku selama beberapa jam pada petang Khamis di Yibin Hengda Technology dalam sebuah taman industri masih belum diketahui, kata kerajaan tempatan di daerah Jiang'an.

"Saya dengar tujuh letupan dalam tempoh 10 minit.

"Beberapa trak bomba datang untuk memadamkan api," kata seorang saksi kepada Beijing News.

Mereka yang cedera berada dalam keadaan stabil dan siasatan berhubung insiden itu telah dijalankan, lapor agensi berita Xinhua.

Syarikat tersebut yang menghasilkan bahan kimia untuk makanan dan industri farmaseutikal tidak segera menjawab panggilan daripada Reuters bagi menjelaskan mengenai insiden tersebut.

Tingkap kaca di bangunan berhampiran retak disebabkan oleh letupan tersebut.

Pada 2015, satu letupan di gudang bahan kimia di pelabuhan utara Tianjin mengorbankan seramai 165 orang.

Tahun lalu, letupan di loji petrokimia di Shancong pula membunuh lapan mangsa dan sembilan lagi cedera.

Yibin Hengda Technology

Artikel Lain