suria

Gempar Pentas Fesyen Penuh Lelaki Bertopeng Babi

Pertunjukan fesyen #MeToo sempena Minggu Fesyen New York. Foto AFP

SATU pertunjukan fesyen yang diilhamkan menerusi kempen #MeToo menampilkan model yang pernah mengalami serangan atau gangguan seksual atau gangguan.

Model-model yang berjalan di atas pentas peragaan itu, masing-masing ditemani lelaki yang memakai topeng babi dengan tangannya digari.

Pertunjukan fesyen #MeToo itu diadakan sempena Minggu Fesyen New York: The Shows merupakan idea Myriam Chalek, pengarah kreatif American Wardrobe, yang mahu menggunakan labelnya sebagai platform untuk memberi manfaat kepada wanita.

"Gerakan #Metoo adalah pergerakan oleh wanita untuk wanita," kata Chalek.

"Saya mempunyai sentimen tanggungjawab untuk melakukan sesuatu mengenainya dan menyumbang kepada perubahan.

Model lelaki yang bertopengkan babi turut tampil dengan tangannya digari. Foto AFP

"Saya mempunyai platform fesyen, saya telah berkhidmat dalam fesyen selama beberapa tahun dan mempunyai platform Minggu Fesyen New York," katanya.

"Mengapa tidak, menggunakan perhatian yang tertumpu pada minggu ini untuk menghantar mesej, menyampaikan mesej, ia adalah mengenai memperkasakan dan meningkatkan kesedaran mengenai salah laku seksual," tambahnya.

Kesemua model merupakan mangsa atau mereka yang terselamat daripada gangguan atau serangan seksual, dan kisah mereka diceritakan semasa pertunjukan itu. - Mirror

gangguan seksual, babi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain