Kenapa Presiden Rusia Elak Telefon Bimbit? - Dunia | mStar

Kenapa Presiden Rusia Elak Telefon Bimbit?

-foto IBT Media

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin sekali lagi dengan bangga mengumumkan dia tidak mempunyai telefon pintar, menentang teknologi abad ke-21 dengan pelbagai alasan.

Pemimpin yang menghabiskan sebahagian besar kerjaya awalnya sebagai ejen perisikan Soviet sebelum beralih kepada politik ini membetulkan kenyataan seorang pegawainya di Majlis untuk Sains dan Pendidikan, yang bercakap tentang penggunaan tenaga di Rusia.

Dia membandingkan elektrik untuk mendidihkan air dengan penghantaran satu mesej suara melalui peranti yang kebanyakan, jika tidak semua, orang Rusia menggunakannya.

Putin, mengetepikan topik sebenar perbualan, memberitahu presiden institut, Mikhail Kovalchuk bagi menunjukkan pandangannya sendiri mengenai telefon bimbit.

"Mikhail Valentinovich (Kovalchuk), anda menyatakan bahawa semua orang mempunyai telefon pintar," kata Putin, memetik agensi berita negeri Itar-Tass.

"Baiklah saya tidak mempunyai telefon pintar dan anda juga, nampak tak. Dan anda kata setiap orang ada sebuah (telefon bimbit)."

Ini adalah komen terbaru daripada siri komen Putin, menolak keperluannya untuk mendapatkan telefon bimbit.

Pada 2010 dia berkata, jika memilikinya, ia 'akan berdering sepanjang masa' maka dia lebih suka tidak memilikinya.

Kali terakhir Kremlin menangani isu itu pada 2014, ketika jurucakap Putin, Dmitry Peskov mengatakan bahawa presiden benar-benar tidak memiliki telefon bimbit tetapi lebih suka 'jenis komunikasi lain'.

Sejak bermulanya zaman milenium, ketika penggunaan telefon bimbit menjadi lebih luas, rakyat Rusia bingung dengan cara kolot presiden mereka, mencetuskan perbualan dalam talian untuk cuba mengenal pasti telefon berlainan yang dipegangnya dalam gambarnya yang dirakamkan.

Pada tahun 2003 salah satu tabloid paling popular di Rusia, Argumenty i Fakty melaporkan bahawa jika Putin memerlukan sebuah telefon bimbit, dia hanya meminta peranti itu daripada salah seorang pekerjanya, kemudian memulangkannya setelah panggilannya selesai.

Walaupun Putin adalah tokoh awam yang paling mendapat liputan luas di Rusia, dia tidak dapat diakses, kecuali melalui beberapa acara televisyen.

Putin sering menggambarkan aspirasi mengenai tujuan teknologi digital terkini, mengesyaki internet sebagai produk pengintipan AS dan menerima taklimat rasmi mengenai posting media sosial seperti tweet Presiden Donald Trump, kerana dia sendiri tidak menggunakan platform itu.

Kehidupan peribadi Putin masih menjadi misteri dalam orang awam Rusia, kerana semua maklumat tentang kisah kehidupan sejak perceraiannya pada 2013 hanya wujud dalam ramalan.

Bekas isterinya, mahupun dua orang anak perempuannya, tidak mengambil bahagian dalam kehidupan awam.

Malah, bagaimana wajah anak perempuannya hari ini dan di mana mereka bekerja telah menjadi subjek penyelidikan oleh media global. -Newsweek Europe

Vladimir Putin , telefon bimbit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain