suria

Raja Salman Sebak Lihat Hologram Almarhum Ayahanda

-foto Khaleej Times

RAJA Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sebak ketika menghadiri sebuah acara pembukaan awal minggu ini.

Video menyentuh hati Penjaga Dua Masjid Suci itu tidak dapat menahan air matanya telah tular di media sosial.

Menghadiri upacara perasmian Festival Al-Janadriyah ke-32, baginda tidak dapat menahan sebak apabila persembahan Teknologi tiga dimensi (3D) (hologram) ayahandanya, Almarhum Raja Abdulaziz dipaparkan semasa persembahan.

Raja Salman dan tetamu lain menghadiri majlis penyampaian pidato dan acara artistik itu yang diadakan di dewan tertutup di Janadriyah.

Pidato disampaikan oleh Putera Khalid Abdulaziz Ayyaf, Menteri Pengawal Kebangsaan Arab Saudi dan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Festival Kebudayaan dan Warisan Kebangsaan.

Dalam video itu, raja Saudi dapat dilihat mengagumi operetta, 'Imam dan Raja', yang ditulis oleh Putera Badr Abdul Mohsen.

-foto Khaleej Times

Beberapa tahun yang lalu, Raja Salman dilihat beremosi ketika menghadiri majlis tamat pengajian anaknya.

Anak bongsu baginda, Putera Rakan, telah menamatkan pengajian sekolah menengah di Riyadh.

"Beta menghadiri majlis ini bukan sahaja sebagai bapa kepada Rakan, tetapi juga sebagai bapa kepada semua pelajar," titah Raja Salman semasa menyampaikan ucapannya, lapor Saudi Gazette.

Gambar-gambar dari acara itu menunjukkan Putera Rakan menyampaikan pedang kepada bapanya sebelum upacara tarian ardha atau pedang yang menyaksikan Raja Salman beremosi. -Khaleej Times

Raja Salman, Raja Abdulaziz

Artikel Sebelum

Artikel Lain