Video Tuang Sos Cili Dalam Seluar Anak Tular, Suami Isteri Disiasat - Dunia | mStar

Video Tuang Sos Cili Dalam Seluar Anak Tular, Suami Isteri Disiasat

SEPASANG suami isteri sedang disiasat oleh pihak polis selepas tersebarnya video yang mendakwa mereka  menggunakan sos pedas sebagai satu bentuk hukuman terhadap anak mereka.

Video yang dimuat naik ke Snapchat itu menunjukkan sos pedas seolah-olah dituang ke dalam seluar seorang budak lelaki untuk melatihnya membuang air di tandas, berdasarkan keterangan 'latihan potty 101' yang ditulis.

Lelaki dalam video itu kelihatan memegang budak lelaki berkenaan sebelum dilihat mahu menuang sebotol sos pedas ke dalam seluarnya.

Dia kemudian dilihat mahu menuangkan sos yang sama pada muka kanak-kanak itu pula.

Ibunya telah menafikan dakwaan ini, tetapi para pegawai memutuskan untuk menyiasat rakaman itu yang muncul di Facebook.

Shayna Honeycutt, dari Oklahoma, yang mengenal pasti rakaman itu memberitahu News9: "Ia perlu dilihat orang awam. Tak boleh dibiarkan dalam kumpulan Facebook privasi yang mana tidak ada orang buat apa-apa atau berkata sesuatu tentangnya.

"Ia adalah penyalahgunaan. Anda tidak boleh melatih budak dengan menuang sos pedas ke dalam seluar dan menyapunya pada muka," katanya.

Menurut ibu kepada kanak-kanak itu pula, klip itu sengaja dibesar-besarkan kerana ia tidak berlaku seperti yang difikirkan.

Katanya, anaknya itu hanya ketawa selepas rakaman itu berakhir dan mendakwa sos panas itu tidak sedikit pun terkena anaknya.

"Anda dapat lihat tiada apa dalam seluarnya dan tiada apa dalam mulutnya. Video itu diperbesarkan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak pernah berlaku.

"Anak saya, saya tidak akan membahayakannya."

Walaupun menafikannya, wanita itu telah menerima ancaman bunuh dalam talian, yang menyebabkan dia memadam akaunnya.

Laporan awal mencadangkan kanak-kanak itu berada di 'rumah yang selamat'.

sos cili , latih anak , tandas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemilik Restoran Dituduh 'Cilikan' Pelanggan

Artikel Berkaitan

Wanita Mengemis Kumpul Dana Bina Tandas

Kahwin Dalam Tandas

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain