Victoria Beckham Dikecam Gara-Gara Model Kurus Kering - Dunia | mStar

Victoria Beckham Dikecam Gara-Gara Model Kurus Kering

Victoria Beckham. -fotoGetty

VICTORIA Beckham telah dikecam kerana menggunakan model 'kurus kering' dalam kempen cermin matanya yang terkini.

Pereka berusia 43 tahun itu berdepan banyak aduan di laman Facebook dan Instagram selepas dia berkongsi dua gambar model, Giedre Dukauskaite, 29, memakai kaca mata besar dari koleksi Victoria Beckham Eyewear Spring Summer 2018.

Tetapi terdapat ibu bapa yang marah, mendakwa gambar model Lithuania yang sangat kurus itu lebih menarik perhatian, bukannya cermin mata, apabila gambar-gambar itu dimuat naik di media sosial.

-fotoVictoriaBeckham

"Gambar inilah yang menyebabkan anak perempuan saya yang sudah sedia kurus berfikir dia perlu makan lebih sedikit,” kata seorang ibu yang marah.

Selain itu, ada juga yang menganggap bintang pop yang menjadi pereka itu mempromosikan gambar yang tidak sihat.

"Saya tak tengok pun kaca mata itu. Model itu yang menjadi fokus. Kurus tak sihat! Beckham harus malu menggalakkan gangguan pemakanan. Anak perempuannya lebih berat berbanding modelnya. Malu," kata seorang peminat yang marah.

"Maafkan saya tetapi gambar ini betul-betul salah. Jika model ini memang semula jadi langsing, maka saya minta maaf, namun saya dapat rasakan ia bukan semula jadi."

"Ini bukan gambar yang saya mahu anak perempuan saya yang berusia 13 tahun tengok, yang mana dia telah berkata dia perlu menurunkan berat badan kepada saiz 8,," tambah seorang bapa.

Malah, ada juga yang mengkritiknya kerana memilih model terlalu kurus, sehingga bajunya kelihatan longgar dan besar.

Seorang pengguna media sosial berkata: "Victoria saya kagum dengan kamu, tetapi dengan harga yang terlalu tinggi yang kamu bayar untuk pakaian, tidak bolehkah sekurang-kurangnya kamu membeli sandwich untuk model ini?”

"Belikan beberapa potong kek untuk perempuan ini, 'role model' yang bagus? Saya fikir tak,” kata seorang pengulas yang marah.

Victoria sebelum ini pernah dikritik kerana menggunakan model kurus dalam kempen dan persembahan catwalknya.

Pada tahun 2015, dia mempertahankan keputusannya mengatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan agensi model untuk memastikan semua model itu sihat sebelum persembahan.

Pada tahun 2010, dia berjanji untuk mengikuti kempen ‘Healthy is Beauty' yang dicetuskan oleh Majlis Pereka Fesyen Amerika dan mengharamkan model tidak sihat dalam pertunjukannya.

MailOnline telah menghubungi wakil Victoria Beckham untuk memberi komen. -mailOnline

Artikel Sebelum

Cerai Kerana Malas Mandi

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain