suria

Maut Dilenyek Kereta Api Ketika Cuba Gugur Kandungan

KEMATIAN seorang wanita hamil selepas melompat di hadapan sebuah kereta api disiasat polis sebagai kes disyaki cubaan menggugurkan kandungan.

Penumpang pengangkutan awam itu terkejut dengan kejadian tragis di stesen keretapi Slough yang sibuk di Berkshire ketika waktu puncak.

Pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira pukul 7.14 pagi tetapi wanita dan kandungannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis Pengangkutan British sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyiasat kematian itu sebagai sesuatu yang mencurigakan tetapi seorang jurucakap kemudian mengesahkan kepada MirrorOnline bahawa ia disiasat sebagai menggugurkan kandungan.

Waris wanita berkenaan telah dimaklumkan dan pegawai pakar kini memberi sokongan kepada keluarganya.

Pasukan itu dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin berkata: "Pegawai BTP terus menyiasat kematian di stesen keretapi Slough.

"Pegawai menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.14 pagi mengenai seorang wanita dilanggar kereta api.

"Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dipercayai sedang mengandung.

"Kami sedang menjalankan siasatan mengenai punca kematian," katanya. - Mirror

Slough

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain